q.a.s.e.h.j.u.w.i.t.a.q.a.s.e.h

q.a.s.e.h.j.u.w.i.t.a.q.a.s.e.h
q.a.s.e.h

Saturday, December 18, 2010

....DINOTREK.....beshhh!!!!!


                                                     hohohohoo~~~beshh sgt2 ary neyh...


dinotrek!!! mmg syok....
lat, kak dalilah n qaseh jalan2 meredah setiap pelusuk jusco ary neyh...msing2 stress n dsbbkn off day,jusco kami gegar!!!!
wawawawawawawawawaaa...


ohh yeah....dinotrek...here we come...!!!!

kn syokk law ary2 blh off....huhuhuhu~~~
sgt2 xsyokk bila ad kat ward...tension!!!!
knp ye penang mcm neyh.???..sblm neyh besh je ble time posting....    
setiap ary blik kje mesti ad je sumpah seranah ble balik ostel...        
bulat n kak dalilah pon same...sian kami kat sini...
huhhh...no2...skunk mahu cter syokk je tok ary neyh...xmoo pkir da ttg KPJpenangSH yg sangat2 membosankan....



n Now........                                                    


~~ kaMI sangat2 happy ~~





thanks to, kakak n bulat...u all mmg kawan sampai mati!!!!

Thursday, December 16, 2010

c.e.r.i.t.e.r.a.c.i.n.t.a


“manusia HAWA diciptakan drpd rusuk ADAM,bukan dari kepalanya untuk dijunjung, dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas..tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya....dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya untuk disayangi dan di cintai....”

Aku bukanlah manusia yg baik serba serbi....AKU seorang yg panas baran,berani berbicara menegakkan ape yg ku mahukan...segale2nye lah!!!!tp aku punya sesuatu yg aku rase istimewa ttg aku....
dan KAU pandai melayan kerenah aku dan kadang kala bosanmu menyiggah di antara kita...kau mahu kan sesempurnanya hubungan...tapi dalam kau tak sedar aku bukanlah seorang yang begitu sempurna dalam melakar ceritera kite....
Kau terlalu baik....kau ikutkan ape sahaja kemahuan ku...sampai ku tak sedar kadang kala aku terbabas di landasan ku....aku kasar...kasar berbicara,kasar melakukan itu dan ini....aku tak suka tunjuk ape sebenarnya AKU.aku sering menyanggah dengan apa yang hatiku berbicara....aku bukanlah apa yang kau nampak,pikir......bila dengan mu aku bahagia...tetapi kadang kala aku bosan...bukan bosan dengan kau..tetapi aku bosan dengan hubungan yang aku ada.....jangan ditanya kenapa......
aku langsung tiada rasa menyesal mengenali kau....sungguh aku bersyukur...






diz pers0n...Qaha... 
thzz fwenn;)...




QAHA.......tiap kali nama dia kau sebut terpanggil aku dalam memori  pertama kali kita bersua muka....kau dengan gaye mu...dan aku dengan cara ku.....sungguh aku bosan dengan kau masa itu....melihat kau ada bersama dia membuatkan aku kelu mahu berbicara...bukan disebabkan malu,tetapi ego ku yang menghalang....aku rasakan kau sama seperti lelaki lain sebelum ini  yang mahu mandekati ku...memandangkan aku single mingle waktu itu membuatkan aku merasa bosan mahu di dekati lelaki..motif ku hanyalah mahu mempermainkan lelaki selepas aku kecewa..waktu itu melihat muka kau saja sudah membuatkan diriku mahu muntah...kau yang membuatkan kakiku kejang!!!(mentang2 tak suka,tak pasal2 jadi mangsa)..Ada ke patut,saat ku mahu melangkah masuk surau,ada suara2 sumbang marau meneriak memanggil2 nama ku???Aduhhh....sudahlah mahu memandangmu saja buat hati ku jelek,mendengar suaramu lagi membuat hatiku berang....tidak cukup dengan itu masih sempat pula kau menyisipkan salam....Huhh...sungguh aku bosan!!!

Pertemuan kita itu hanyalah sekejap mungkin bagimu,tidak bagiku(meluat).Kau balik ke tempat kau,dan aku balik ke tempat ku kerna kita masih ada tanggungjawab lain yang lebih penting untuk mencorak kehidupan kita seterusnya....kita berpisah tapi kau masih dapat menjejak ku kerna kau berpeluang menyimpan nombor telefon aku....MAAF ye....bukan aku yang bagi!!!mati hidup semula pun aku tak akan bagi(masih ego)....kau menyuakan hasrat mahu mengenaliku dengan sahabatku,pandai kau ye...mentang2 kau bersekolah dengannya,bijak kau merecanakan segalanya semata2 mahu mengenaliku.....
Aku tidak melayan saat kau melayangkan dua tiga pesanan kepada ku....lantas segalanya tertanam kerna aku tetap dengan pendirian ku untuk tidak mahu mengenali mu...kau terus membisu dan aku tetap begitu....kau dan aku terus meladeni waktu2 tanpa sebarang perkabaran....

Hari berganti hari,bulan berganti bulan....
Benci, meluat bertukar menjadi.....

malu sungguh aku bila teringat saat itu....malah perasaan ku yang dulu jelek tapi sudah bertukar sayang......
Bermulalah saat aku menukar  fon number ku ke celcom,nama mu tak terlepas dari mangsa miss call aku(aku sememangnya gadis misscall)...Tidak ku pasti kenapa nama mu tersenarai dalam mangsa ku...MUNGKIN......

Memang aku terkenal dengan gadis  misscall dalam kalangan kakak2 ku...dan....bermulalah saat itu,kau dan aku rancak berbicara......Terlupa aku tentang perasaan ku waktu kita di pertemukan dulu...bagaimana bencinya aku melihatmu...waktu itu kau tidak menggunakan nombor fon mu sendiri...Entah...mungkin kau punya sebab sendiri...dan aku pun tidak tahu bagaimana kau sebenarnya...kerna dulu aku langsung tidak memberikan peluang untuk kita mengenali antara satu sama lain....

Hari demi hari malah bulan bertukar bulan(bukanlah aku menghitung hari)...kau dan aku masih lagi berhubung...malah kita kini menjadi sahabat....saat pertama kali kita keluar bersama sebagai sahabat,kau mempelawa ku menyempurnakan hobi mu...mudah pula aku bersetuju sedangkan aku sebenarnya bukanlah seorang yang senang mahu mengikut lagi2 kau dan aku berlainan jantina....dan saat aku menyuarakan niatku,emak pula mengizinkan...Entahlah....mungkin kerna aku jenis yang berminat ke arah itu....
Pagi yang indah itu menjadi saksi kau menjemputku...kau ditemani kawanmu yang juga berkongsi minat denganmu berpusing2 mencari rumah ku...sedangkan bukannya susah menuju rumahku dan yang paling ku kutuk ialah qaha sekampung denganku...bersahabat baik dengannya tetapi  tidak pernah pun singgah ke rumahnya...Apa guna kawan lah!!!.....Dan masih ku ingat aku duduk di belakang hanya diam membisu....sepatah ditanya sepatahlah aku menjawab...selebihnya aku hanya mendengar...mengangguk dan menggeleng....dan kau sekejap2 menolek ke cermin belakang melihatkan keletah ku yang hanya membisu....kau tersenyum...
Sungguh aku malu saat kau dan kawan2 kau berkumpul mahu mempersiapkan diri untuk bermain.Malah ramai juga yang lain2 turut berada di sana...Maklumlah tournament sebegitu sememangnya menarik minat orang ramai....ada juga suara2 sumbang yang bertanyakan kehadiran aku di situ....tidak aku pasti akan hal itu...mungkin mereka punya sebab mereka  sendiri...dan terlihat juga riak kawan2 kau yang sama menumpang kau...aku tidak pasti apa yang mereka fikirkan..sememangnya aku baru mengenalimu dan tidak banyak yang ku tahu tentang kau...kau pun begitu...aku hanya terpikir,tidak ke kau pernah mengusung perempuan lain sebelumku..???....Dan ketika itu masih ku ingat aku hanya memakai t-shirt putih,seluar pendek berwarna hitam  tersarung di tubuh ku...aku hanya menyarung sandal  gold dan purple slingbag ku kenakan....itulah aku ketika dulu....Aku bukanlah seorang yang bertudung litup,bijak menjaga aurat... tapi jauh di sudut hatiku aku menaruh impian satu ketika nanti aku akan berubah.....dan mungkin sebab itu  kawan2 kau pelik melihat kau memiliki sahabat seperti ku..kerna yang ku tahu tentangmu,kau seorang yang menyukai perempuan yang bertudung....

Dan ketika jugalah,saatnya aku mengetahui yang engkau sebenarnya sudah berpunya....waktu itu barang2 kau dan kawanmu berada di simpanan aku sementara kau dan kawan2 kau bermain...sebetulnya bukanlah niatku untuk menyelongkar fon kau,kebetulan aku terpandang wallpaper kau bersama yang tersayang bergambar bersebelahan tersenyum bahagia...Sungguh aku tidak cemburu,untuk apa pula aku untuk rasa cemburu...Cuma  aku terkejut aku merasakan yang aku tidak sepatutnya berada di situ...apa pula perasaan orang yang kau sayang jika si dia tahu aku berada  disamping kau walaupun aku hanya memenuhi ajakan kau dan kita berada di tempat orang ramai...tapi..aku juga perempuan..walaupun aku tidak pernah mengenali si dia..tapi kami berkongsi rasa yang sama.....rasa bersalah aku pada si dia ditambah pula rasa meluat ku muncul terhadap kau...kau tidak sepatutnya mengajak aku keluar walau apa pun alasan kau ketika itu....untuk tidak menampakkan rasa meluatku terhadap kau,aku hanya menganggap tiada apa yang berlaku...walaupun berbagai rasa yang terkumpul di hati aku saat itu...Sungguh..rasa benci terhadap kau muncul lagi....

Penantian muncul akhirnya....kau yang juga ditemani tiga lagi kawanmu menghantar aku pulang...walaupun gamat kawan2mu berbicara bersulamkan lawak2 sengal dan gelak gempita mereka..aku akui sungguh mencuit hati,tetapi tidak cukup untuk aku turut bergelak bersama mereka...aku hanya mampu tersenyum...dan aku masih ingat kau memberikan alasan yang aku penat menunggu mereka kerna sudah sepetangan aku bersama kau.Aku melepaskan keluhan sesampainya di rumah.Lega kerna tidak bersama kau lagi tetapi rasa bersalah masih tetap bersarang  di hati aku....Satu lagi yang aku benci bila bersama lelaki..sering membawa masalah!!!kebencian terhadap lelaki masih lagi beraja....bersama keluhan yang panjang aku nekad tidak mahu bertemu dengan kau lagi....itulah janjiku untuk si dia...

Kau menitipkan pesanan untuk kesekian kalinya petang itu....aku mengeluh lagi...kau mengungkapkan terima kasihmu kerna kesudian aku menemani kau....aku kaku melayan kau..tidak seperti selalu....Kau sedar akan kelainanku...tertanya2 kenapa aku bersikap begitu.....tiada lagi persoalan setelah aku menyuarakan tidak mahu bertemu muka dengan kau lagi....Sedarlah kau duduk perkara  ketika itu...yang aku sudah pun mengetahui kau dengan si dia....Dan masih aku ingat,kau mengatakan yang aku mungkin memikirkan yang kau seorang ‘playboy’...ingin tergelak rasanya saat itu..bukan apa,aku langsung tidak terlintas memikirkan seperti itu kerna muka kau jambu bukan seperti playboy....Dan saat itu jugalah kau meluahkan segala pekung di dada mu.......
Segalanya kau luah,segalanya kau cerita......MUNGKIN segalanya....

Aku bersikap terbuka....kau dan aku  meneruskan persahabatan....dan semenjak aku tahu tentang itu...kita jadi rapat....itu adalah urusan kau dan si dia...pada aku kita hanyalah sahabat..aku tak punya kuasa untuk berkata apa pun...aku menerima alasan kau untuk bersahabat dengan aku...
 Dan masih aku ingat,waktu result SPM keluar..aku bersama2  teman keluar menitip kenangan selepas berhempas pulas walaupun result aku tidaklah boleh  di banggakan sangat...dan waktu itu kau menjemput aku untuk menghantar aku pulang....Dan waktu itu jugalah setelah sekian lama kita bersahabat  kau dapat manatap wajah aku memakai tudung.....Kau tersenyum....Aku tidak tahu maksud senyum mu itu....

Malam itu,tanpa aku sangka kau meluahkan sesuatu yang aku langsung tidak jangka....aku tahu hubungan kau dengan si dia retak menanti belah...tetapi bukanlah itu yang diharapkan dalam sesebuah hubungan....Masih aku ingat,waktu itu kita sedang berbicara...tanpa pamitan sepi tiba2....tidaklah aku kisah,aku mengandaikan mungkin kau ada sesuatu yang  harus di selesaikan....tapi...

Aku termangu setelah kau melepaskan rasa kesedihanmu...secepat itu???...Aduhhh.....senangnya mereka meluahkan kata perpisahan...aku terpikir...adakah aku penyebab semua ini???ataupun sememangnya itu yang mereka mahukan???tapi...apa gunanya mereka bertahan untuk kesekiannya dan akhirnya berpisah dengan alasan sebegitu.....Satu lagi yang membuatkan aku tawar untuk bercinta lagi.....mudah datang dan mudah pergi....saling tak ubah seperti ‘touch n go’.....


Selepas saat itu....kau banyak berkongsi itu dan ini,mungkin itu cara kau untuk melupakan si dia ataupun melepaskan kesedihan yang kau alami....Entah..aku tidak pasti tentang itu...Kau yang punya jawapan..kau sememangnya banyak mulut,kau sering menceriakan hari2 kita walaupun kita tidak selalu bertemu empat mata....sikap kau membuatkan aku menjadi senang...Terlupa aku kisah kau dan si dia...aku pula susah untuk rapat dengan seseorang...susah untuk aku berkongsi sesuatu bersama...aku lebih suka mendengar dan mungkin itulah yang membuatkan kita menjadi lebih rapat...sikap kau juga yang suka bertanya tentang aku,hubungan,apa yang aku minat,segala2nya  tanpa sedar aku membuka ruang untuk kau mengenali aku lebih dalam....Dalam tak sedar kita mencorak ceritera tentang kita..


Dan saat itu juga...ex couple aku menyuakan hasrat untuk bersama kembali...bohonglah jika aku mengatakan yang tiada lagi sayang untuknya....sungguh sayang itu masih milik dia....kerna dia aku nekad untuk berubah mempermainkan lelaki,aku mahu berhenti memainkan perasaan insan2 sebelumnya....Dan akhirnya aku berubah....aku serius dengannya tapi malang hanya sampai di situ.....perasaan yang dulunya mahu berubah hilang di sebabkan kekecewaan cinta aku dengan dia....tidak aku tahu apa puncanya dia mahukan perpisahan....Akukah yang silap ataupun dia yang tidak cukup matang untuk melayari cinta kami...Aku berserah.....
Kau mengetahui tentang itu....kerna aku tidak mahu kau merasa  apa yang aku rasa bila aku tahu tentang kau dan dia...biarlah kau tahu tentang itu dari mulutku....Berat untuk berkongsi kisah cinta bodoh aku itu,tapi setelah lama aku bersahabat dengan kau,aku merasa senang untuk meluahkan kisah aku...Kau jenis yang tidak kisah...aku senang dengan itu...Dan aku juga masih ingat,kau membantu aku untuk menolak permintaanya untuk bersatu kembali....aku beranggapan kau dan dia sama...lelaki lebih memahami lelaki....jadi mudah untuk aku meminta pendapatmu.....
Kau dan aku berkongsi suka duka......kau berkongi kisah kau dengan si dia dan aku  pun begitu....Setiap saat kita asyik mepersoalkan benda yang sama....Kita berkongsi pendapat....Kita meluahkan apa yang di mahukan dalam sesebuah hubungan yang suci.....dalam tak sedar kita banyak persamaan!!Aku tidak senang tentang itu.....




Hari berganti hari.......kita masih terus berbicara,...tanpa henti dan tanpa jemu....


.......??????


14/3/2009..
Kita keluar bersama untuk kesekian kalinya  sebagai sahabat...Dan sepanjang perjalanan ke seremban,kau asyik berceloteh...tidak letih berbicara..aku seperti biasa..kadang kala turut berceloteh dan kadang kala menyepi.... Masih aku ingat...saat itu hujan begitu lebat....kau sanggup meneman kan aku pergi ke exspo pelajar dan seterusnya berjumpa temanku di seremban parade.....aku menyuruh kau meletakkan kereta di terminal one dan kita berjalan menuju ke destinasi yang aku mahu tuju....Kau hanya menurut...
Ketika itu juga,kau bertemu adik angkat kau...Aku masih ingat adik kau(kononnya) hanya bersalam dengan kau tetapi tidak aku....Langsung aku tidak kisah tentang itu,cuma tidak selesa situasi seperti itu.....Aku juga punya teman lelaki yang ramai sebelum aku bersahabat dengan kau..tetapi aku bukanlah sesuka hati  bersalaman dengan kawan2ku itu.....Walaupun aku tidak bertudung tetapi aku tegas tentang itu...Kau beralasan adikmu itu yang menyuakan dahulu,jadi malulah jikalau kau tidak membalasnya....apalah nasib aku punya  sahabat seperti kau....bukannya aku tidak pernah hadapi  keadaan seperti itu...semua itu terpulang pada individu untuk menerimanya  ataupun  menolak....itu baru si adik menyuakan tangan mahu bersalam...kalau menyuakan pipi????....ermmmmm....mungkin engkau sudah terbiasa tentang itu...dan bukanlah hak aku untuk menyuruh kau untuk tidak berbuat demikian...nama pun lelaki.....


Dan ketika itu juga...kau sering mengatakan mahu berterus terang dengan aku sesuatu....asyik2 mahu berkata tapi tidak pula terungkap....aku hanya menunggu....kalau kau mahu luahkan aku sedia mendengar,aku tidak memaksa untuk kau berterus terang....nak cakap,cakap...tak nak sudah...itulah aku....dan kita pun terus menghabiskan masa bersama2 sehingga lewat petang...... dan untuk kesekian kalinya aku tidak akan lupa...jalan bukit putus yang dahulunya menjadi saksi kau mengungkapkan kata cinta.....Terdiam aku saat itu.....Sungguh..kelu lidah aku mahu mengungkapkan walau  satu huruf.....aku keliru...aku benci mendengar luahan itu...sungguh aku benci...Terus terlayar kenangan aku bersama dia...bagaimana dia meluahkan isi hatinya....mahu itu,..mahu ini....sedangkan..pengakhirnya  yang sungguh bodoh...Aku sedar riak muka kau lain lagi2 bila aku menitiskan air mata...aku tak tahu kenapa perlu ada air mata ketika itu....sedih??tapi untuk apa...marah????ye...memang kadang kala bila aku marah air mata aku turut keluar...tapi..aku nk marah apa pada ketika itu...???,,aku langsung tak marah pada kau....benci.....ye....aku benci....memang aku benci bila kau yang ku anggap sahabat menaruh hati...sedangkan aku tidak pernah menggoda kau...ada pulak perasaan aku kat kau????...huhhh..


AKU SETUJU???????..........betul...aku setuju mengikat janji cinta bersama kau.....tapi kenapa???aku pun tak pasti....Tergambar senyuman bahagia kau....sebagai sahabat aku gembira melihat senyuman kau itu....tapi...aku bukan sahabat kau lagi.....aku.....MAKWE KAU???......ermmmmmm.....

Hari2 selepas itu,aku dapat rasakan yang kau bahagia bersama aku....tapi aku???ye..aku akui yang aku turut bahagia...tapi bahagia aku sama ke dengan bahagia yang kau rasa??? Aku tak tahu.......yang aku pasti aku tidak sepenuhnya menerima kau... bagi aku kau tetap SAHABAT... AKU TAK CINTAKAN KAU!!!!!!!
MISI HARUS DI TERUSKAN...!!!!!!!!!!!....dendam pada lelaki masih lagi bermukim.......
Aku tak cintakan kau.....kau tak rsa ke????atau kau sememangnya saja buat2 tak perasan????hissshhhhh.....aku menyampah betul la..........




neyh la dye cinta aty sye~~~

Kau tetap KAU....
Kau dan aku melayari hari2 sama seperti insan lain yang sedang bercinta.....MUNGKIN sama....tapi.........
Tidak bagi aku....kau dan aku berbeza....
Kau sama saja seperti mereka yang merasakan  mereka saja lah yang ada di  muka bumi ini....rasa di awang2an,terbuai dek rasa sayang dan cinta.....huhh...mengarut.....
Rindu...kau meluahkan rasa rindu kau itu lalu mahu bersua muka dengan aku untuk kesekian kalinya....
Aku menurut tanpa rasa apa.....
Kita menghabiskan detik2 itu bersama...kau mahu mengenali aku dan aku tidak mahu mengenali kau....huhuhuhuhu.......bodohkan????
Ya.....Cinta sememangnya  bodoh........

Aku gusar.............
Gusar jatuh cinta pada kau!!!!??????
Ermmmmm............aku akui kau dan aku sering keluar bersama...mungkin disebabkan aku masih merasa kau adalah kawan aku....
Kau begitu mengambil berat perihal aku...untuk ap??? Tapi kenapa???


....tapi kenapa semakin lame semakin...????
kenapa hati neyh sering.....aku....rindu????sayang???

ermmmmmm.....

and now...'kami' bahagia...


luv u darl..!!!!



...between 'u' n 'me'...

Tuesday, December 14, 2010

....keRna ku sayang kam0o...


Seandainya kau ada di sini dgn ku...
mungkin ku xsendiri..
Bayanganmu yg selalu menemani ku..
Hiasi mlm sepiku..
Ku ingin bersama drimu...
Tak akan pernah berpaling drimu..
Wlau kini kau jauh driku..
Yg slalu ku nanti...
Kerna ku syg kamu...
Hati ini selalu memanggil namamu..
Dgrlh melatiku..
Ku berjanji hanyalah utk mu cintaku....
Tak kan pernah ada yg lain..
Adakah rindu di hti mu..
Seperti rndu yg ku rasa...
Saggup kah ku terus terlena...
Tanpamu disisiku....
ku kan terus menantimu.

30/11/2010_2144
by dygta.